ARTIKEL

Pegawai yang terlibat merakam kenangan selepas tamat program berkenaan.

45 Pegawai Berkumpul Kuasai Rangka Kerja Ekosistem Karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 45 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan menghadiri Program Kesediaan Pasaran dan Pendaftaran Karbon yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 2 hingga 3 Mac lalu.

Penjawat awam yang terlibat terdiri daripada wakil Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Menurut kenyataan media NREB hari ini, program tersebut bertujuan membina pemahaman asas mengenai pasaran karbon yang merangkumi kitaran hayat projek, instrumen penetapan harga, peranan pendaftaran serta asas bagi reka bentuk rangka kerja Pendaftaran Karbon Sarawak.

Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan NREB Sarawak, Rahmah Biak dalam ucapannya berkata, program itu merupakan sebahagian daripada komitmen di bawah Memorandum Kerjasama (MOC) yang ditandatangani antara NREB dan Bursa Karbon pada 8 Oktober 2025.

Beliau menjelaskan bahawa MOC tersebut menggariskan usaha bersama untuk mengkaji semula matlamat Pendaftaran Karbon Sarawak, melaksanakan libat urus pembinaan kapasiti, meneroka pilihan reka bentuk peringkat tinggi serta membangunkan struktur pelaksanaan yang sistematik.

“Melalui perkongsian pengetahuan, kajian kes, demonstrasi teknikal dan dialog, program kesediaan pasaran karbon ini amat penting dalam memperkukuh kesediaan institusi serta kerjasama semua pihak berkepentingan bagi melangkah ke hadapan.

“Inisiatif ini meletakkan Sarawak di landasan tepat untuk mewujudkan ekosistem pasaran karbon yang teguh, telus dan ditadbir dengan baik di Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira