ARTIKEL

SILA PEKA... Laluan perarakan dan jalan-jalan yang ditutup sempena Perarakan Tokong Tua Pek Kong Fu De Zhen Shen 2025, esok.

7 jalan sekitar Bintulu ditutup esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tujuh jalan sekitar Bintulu akan ditutup esok (1 Januari) sempena Perarakan Tokong Tua Pek Kong Fu De Zhen Shen 2025.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Mohd Fazri Yusof, berkata penutupan jalan bermula dari 6 petang hingga 10 malam.

Menurutnya, jalan yang terlibat adalah:

• Jalan Abang Galau (dari arah tokong)
• Jalan Tun Razak (dari arah The Spring)
• Jalan Kambar Bubin
• Kawasan Parkcity dari SJK(C) Chung Hua ke arah Commerce Square
• Jalan Paragon (dari arah The Spring)
• Jalan Law Gek Soon ke Jalan Keppel
• Jalan Keppel ke Jalan Abang Galau

Polis memohon kerjasama orang ramai untuk merancang pergerakan dengan memilih laluan alternatif atau mengelakkan kawasan yang dilalui perarakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan perarakan dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan (laluan perarakan),” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU