ARTIKEL

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri daripada Yang Di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Aaron Dagang mengetuai senarai penerima anugerah dan pingat daripada TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang mengetuai senarai penerima anugerah dan pingat daripada Yang Di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Aaron dianugerahkan dengan Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Sembilan individu lain yang turut menerima anugerah sama ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Mereka termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Tan Sri Sulong Matjeraie, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, bekas Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Dato Sri Wahab Dollah, bekas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Dato Sri Mohamad Naroden Majais, bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki (MTF) Dato Sri Dr Qamarul Naim Mohamad Faizal.

Selain itu, seramai 12 individu menerima Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk iaitu bekas duta UAE ke Malaysia H.E. Datuk Khalid Ghanim Mohammad Alghaith (Kehormat); Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya; Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Mohamad Razi Sitam; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Datuk Martin Ben; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang; bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri; Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili dan bekas Ahli Parlimen Rajang Datuk Jawan Empaling.

Manakala, seramai 11 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu iaitu Datu Hasmawati Sapawi, Datu Chew Chee Yau, Datu Azmi Bujang, Datu Wong Hee Seng, Datu Lester Mathew, Datu Felicia Tan, Datu Ir. Richard Tajan, Datu Elean Mersa’at, Datu Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Datu Dr Adrian Susin Ambud dan Datu Khalidi Ibrahim.

Seramai 21 individu pula dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukalisman Awang Sauni, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumang, Adun Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Mejar Jeneral Dato Hassan Embong, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, Dato Andul Rahman Sebli Senusi, Dato Yeo Tiong Chia, Dato Dr Kalwinder Singh Khaira, Dato Dr Saadiah Abdul Rahman, Lt-Col (Bersara) Dato Anwar Basah Khan Zakaria, Dato Temengong Harrison Lading Lunsa, Dato Janin Giri, Dato Mohammad Ibrahim, Dato Abang Noordin Abang Zainuddin, Dato Halmi Hazmi, Dato Abang Affandi Abang Annuar dan Dato Mohamad Trang Issa.

Sementara itu, terdapat dua individu dianugerahkan Johan Bintang Kenyalang (JBK); dua individu dianugerahkan dengan Johan Perkhidmatan Cemerlang (JBC); 22 individu dianugerahkan dengan Pingat Perhidmatan Cemerlang (PPC); 17 individu dianugerahkan dengan Pegawai Bintang Sarawak (PBS); 11 dengan Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) dan 15 dengan Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB).

Anugerah dan pingat itu telah dikurniakan tahun lepas sempena hari keputeraan rasmi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri daripada Yang Di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.- Gambar Ukas

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)