KUCHING: Kuching City FC (KCFC) perlu melakukan ‘reset’ sepanjang tempoh rehat antarabangsa sebelum kembali dengan tenaga dan persediaan lebih baik bagi menghadapi baki saingan musim ini.
Ketua jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak berkata, tempoh rehat hampir tiga minggu itu penting untuk memulihkan pemain selepas skuad melalui jadual padat termasuk sembilan perlawanan di tempat lawan berturut-turut tanpa pulang ke Kuching.

bayangan akan merombak corak permainan pasukan.
“Ini adalah sesuatu yang saya perlu lakukan. Saya pasti akan ‘reset’ pasukan ketika tempoh rehat antarabangsa ini dan kami akan kembali lebih kuat.
“Lapan perlawanan di tempat lawan berturut-turut, tidak pulang ke rumah, bertukar banyak hotel dan mereka perlu menyesuaikan diri dengan tempat tidur yang berbeza.
“Jadi, ini masa untuk kami melakukan ‘reset’,” katanya selepas KCFC seri 0-0 dengan Kelantan City FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA Malaysia 2026-2027 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.


Selepas aksi pertama Piala FA ini, saingan bola sepak Malaysia akan berehat selama tiga minggu bagi memberi laluan kepada Piala ASEAN FIFA 2026 yang berlangsung di Jakarta dan Bandung, Indonesia, dari 25 September hingga 5 Oktober.
Aidil mengakui pemainnya terlalu tertekan untuk mendapatkan gol sehingga menjejaskan ketenangan ketika berdepan Kelantan City, termasuk ketika lawan beraksi dengan 10 pemain.
Aidil berkata, keputusan tanpa jaringan itu bermakna tiada kelebihan buat mana-mana pasukan menjelang aksi timbal balik, sekali gus menjadikan pertemuan kedua di Kuching lebih penting.


Beliau turut meminta penyokong supaya terus bersabar dan memberikan sokongan kepada pasukan yang masih bersaing dalam beberapa kejohanan.
Dalam perlawanan malam tadi, KCFC gagal membawa bekalan kelebihan apabila terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama tersebut, dengan kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang berbahaya.
KCFC kemudian kembali ke Sarawak untuk membuka kempen Kejohanan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026-2027 menentang kelab Singapura, Tampines Rovers FC, pada 7 Oktober, jam 9 malam di Stadium Taha Ariffin.
KCFC kembali beraksi dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA Malaysia menentang Kelantan City pada 10 Oktober, dengan sepak mula dijadualkan pada 7.45 malam, juga di Stadium Taha Ariffin.

