ARTIKEL

Kredit: Changi Airport | Bernama

AirBorneo rai Hari Sarawak dengan pelancaran laluan antarabangsa sulung Ke Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AirBorneo Airways (AirBorneo) meraikan sambutan Hari Sarawak dengan pelancaran laluan antarabangsa sulung yang menghubungkan Kuching dan Singapura, kelmarin.

Syarikat penerbangan milik Kerajaan Negeri Sarawak itu memaklumkan penerbangan MY363 berlepas dari Kuching pada 6.50 petang dan tiba Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.04 malam.

“Penerbangan pulang MY364 berlepas dari Singapura pada 9.27 malam dan tiba di Kuching pada 10.36 malam.

“Dilancarkan pada Hari Sarawak, laluan antarabangsa pertama AirBorneo meraikan pertumbuhan Sarawak dan peningkatan kesalinghubungan dengan rantau ini,” menurut AirBorneo menerusi kenyataan semalam.

Pengerusi AirBorneo Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata pelancaran laluan antarabangsa pertama itu menjadi mercu tanda penting kepada syarikat dan Sarawak. 

“Singapura ialah pintu masuk serantau yang penting dan laluan baharu ini akan memperkukuh pelancongan, perdagangan, pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat antara Sarawak dan Singapura,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata pelancaran laluan antarabangsa itu menandakan permulaan penting dalam fasa pertumbuhan AirBorneo seterusnya.

“Singapura menjadi pilihan bagi destinasi antarabangsa pertama kami, mencerminkan kesalinghubungan yang kukuh serta hubungan ekonomi yang erat antara Sarawak dengan antara hab penerbangan dan komersial utama di rantau ini.

“Kami berharap dapat menghubungkan Sarawak dengan lebih banyak destinasi, memperkukuh kesalinghubungan serantau dan menyokong pertumbuhan jangka panjang negeri,” katanya. 

AirBorneo akan mengendalikan penerbangan harian antara Kuching dan Singapura dengan tiket boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi serta aplikasi mudah alih syarikat itu. — Bernama

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira