ARTIKEL

Idris Buang menyempurnakan simbolik perasmian Kempen Kawalan Lalat di Kawasan PBT 2026 Peringkat MPKS sambil disaksikan Abang Ismawi dan tetamu kehormat lain di Pasar Mini Muara Tuang, Pangkalan Feri, di sini, hari ini.

Amalan Kebersihan Lemah Punca Isu Lalat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Amalan kebersihan yang lemah dalam mengendalikan makanan dan minuman di premis perniagaan boleh mengundang kehadiran lalat sekali gus meningkatkan risiko pencemaran.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Idris Buang berkata, Kempen Kawalan Lalat di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta peniaga dalam aspek kebersihan makanan dan persekitaran.

: Idris Buang dan Abang Ismawi merakam gambar kenangan sempena Kempen Kawalan Lalat di Kawasan PBT 2026 Peringkat MPKS di Pasar Mini Muara Tuang, Pangkalan Feri, di sini, hari ini.

Menurutnya, amalan kebersihan yang lemah seperti membiarkan makanan terdedah, pelupusan sisa tidak betul dan persekitaran kotor merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pembiakan lalat.

“Kita cuba kawal populasi dengan menjaga kebersihan dan mengendalikan makanan dengan betul,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Muara Tuang berkata demikian pada Kempen Kawalan Lalat di Kawasan PBT 2026 Peringkat Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Pasar Mini Muara Tuang, Pangkalan Feri, di sini, hari ini.

Idris Buang dan Abang Ismawi menyerahkan sumbangan perangkap lalat kepada penjaja sempena Kempen Kawalan Lalat di Kawasan PBT 2026 Peringkat MPKS di Pasar Mini Muara Tuang, Pangkalan Feri, di sini, hari ini.

Katanya, penyakit bawaan lalat boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia, termasuk melibatkan kos rawatan, bayaran doktor, jururawat, ubatan dan perjalanan ke hospital.
Sementara itu, Pengerusi MPKS Abang Ismawi Abang Ali berkata, Pasar Mini Muara Tuang dipilih sebagai lokasi pelaksanaan kempen kerana kawasan itu merupakan antara pusat aktiviti ekonomi yang aktif dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Beliau menambah, program ini merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan mengawal populasi lalat di kawasan tumpuan awam, khususnya premis makanan dan kawasan perniagaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU