ARTIKEL

Tangkap layar video tular di media sosial

Anggota tentera mengaku tidak bersalah tumbuk wanita di Senawang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang wanita di bahagian kepala dalam kejadian di Taman Satria, Senawang di sini pada 29 Mac lepas.

Abdul Hafis Abu Bakar, 35, didakwa dengan sengaja menumbuk Syairah Md Sharom, 28, di lokasi itu pada 10.20 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan RM2,000 terhadap tertuduh.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Chrysandy Lai yang mewakili lelaki itu memohon jumlah tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai dua anak yang masih kecil serta menjaga ibu bapa.

Majistret Syed Farid Syed Ali membenarkan Abdul Hafis diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Lelaki itu ditahan selepas dia dikatakan menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga menyebabkan lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala.

Ia susulan wanita itu, yang memandu sebuah kereta tidak sempat mengelak ketika isteri lelaki tersebut dan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun melintas jalan, menyebabkan kedua-duanya cedera ringan. — Bernama

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat