ARTIKEL

ASNB agih pendapatan RM1.55b

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.55 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 untuk lima dana.

Dalam kenyataannya, PNB berkata lima dana itu termasuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) serta tiga dana harga berubah-ubah iaitu ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1.

Bagi ASB 2, PNB mengisytiharkan dividen sebanyak 4.25 peratus, menjadikan pembayaran pengagihan pendapatannya berjumlah RM488.2 juta yang memanfaatkan 459,416 pemegang unit dengan pegangan 11.5 bilion unit.

Bagi ASM, syarikat itu mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan RM851.2 juta atau 4.0 peratus yang memanfaatkan 559,222 pemegang unit dengan pegangan 21.3 bilion unit.

“Sehingga 25 Mac 2021, ASB 2 mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM499 juta, manakala ASM mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM727.6 juta.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mac 2021

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira