ARTIKEL

Bekir (kiri) dan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib ketika ditemui pemberita seusai upacara pengebumian arwah Tun Taib di Tanah Perkuburan Demak Jaya.

Ayahanda sentiasa ada masa untuk keluarga – Bekir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Ayahanda (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) merupakan seorang bapa yang sentiasa meluangkan masa lapang dengan anak-anaknya walaupun sibuk menjawat jawatan sebagai menteri,” kata anak lelaki bekas Yang di-Pertua Negeri Allahyarham Tun Taib, Mahmud Abu Bekir.

Mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya, Bekir memberitahu bahawa arwah sentiasa ada masa untuk diluangkan bersama-sama keluarga walaupun sibuk menggalas tanggungjawab berat sebagai seorang pemimpin.

“Tidak kira ketika bekerja atau bersama-sama keluarga, ayahanda sentiasa memberikan 100 peratus komitmen terhadap kedua-dua perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita seusai upacara pengebumian arwah Tun Taib di Tanah Perkuburan Demak Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Tun Taib tidak pernah mengira penat lelah yang dihadapinya dan tetap ingat dengan anak-anak serta isteri yang berada di rumah

“Walaupun beliau merupakan seorang yang sangat bekerja keras dan apabila pulang dari kerja, muka beliau kelihatan penat. Namun, beliau tetap membawa kami untuk bersiar-siar menonton wayang dan sebagainya.

“Kerana kasih sayang terhadap anak-anak, ayahanda sanggup meluangkan masa bersama-sama kami walaupun beliau tidur berdengkur sambil kami menonton wayang.

“Itulah ayahanda kami,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat