ARTIKEL

SIMBOLIK…Dr Sim menyempurnakan simbolik perasmian Piala Tarian Naga-Singa Antarabangsa Terbuka 2025, hari ini.

Batu Kawah Bakal Jadi Hab Moden dan Pusat Rekreasi Air Mega Menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Batu Kawah bakal muncul sebagai hab pembangunan moden dan pusat rekreasi air berskala besar menjelang 2030, menerusi pelaksanaan pelbagai projek berteraskan teknologi hijau serta kemudahan awam bertaraf antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho dan kawasan sekitarnya merupakan antara projek pembangunan paling unik di kawasannya.

“Tempat ini, Kuari Ang Cheng Ho sangat luar biasa. Di belakang saya terdapat kawasan taman seluas 20 ekar, manakala kedalaman air di sini mencecah setinggi lapan tingkat bangunan, di atasnya terletak dewan ini,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Tarian Naga-Singa Antarabangsa Terbuka 2025, hari ini.

Mengulas lanjut kata Dr Sim, pembangunan di kawasan itu melibatkan pembinaan taman rekreasi air seluas 20 ekar dengan struktur kejuruteraan unik, iaitu bangunan dibina di atas lapisan air sedalam lapan tingkat.

Fasa seterusnya akan menumpukan kepada pemasangan sistem pencahayaan dan landskap, selain pembinaan taman tema air utama, pusat beli-belah moden serta taman hijau di kedua-dua sisi kawasan berkenaan, menjadikan keseluruhan kawasan rekreasi itu mencecah 70 ekar tidak termasuk bangunan komersial, katanya.

“Batu Kawah kini mempunyai potensi besar sebagai kawasan pelaburan baharu dengan harga hartanah yang meningkat antara 200 hingga 300 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat,” katanya.

Sementara itu, Dr Sim turut menzahirkan penghargaan kepada peserta dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan China yang hadir memeriahkan acara tersebut.

Beliau menyifatkan tarian naga dan singa bukan sekadar warisan budaya, tetapi juga lambang perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak yang bersama menjayakan acara tersebut dalam semangat kebersamaan dan saling menghormati.

Menurutnya, kekuatan Sarawak bukan hanya terletak pada sumber kekayaan, tetapi juga pada semangat saling menghormati dan budaya hidup harmoni yang menjadi asas kepada pembinaan bangsa.

“Orang menghormati kita bukan kerana kekayaan, tetapi kerana cara hidup kita yang baik, sikap terbuka dan semangat muhibah antara kaum,” katanya.

Kejohanan berkenaan yang kembali selepas kejayaan penganjuran sulungnya tahun lalu, menarik penyertaan lebih 500 peserta daripada 46 pasukan mewakili Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan China tahun ini.

Acara berprestij itu dianjurkan oleh Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina (CMAA) dengan pengiktirafan Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM65,000 pertandingan tersebut menampilkan empat kategori utama iaitu Tarian Singa Utara, Tarian Singa Selatan Tiang Tinggi, Tarian Singa Selatan Tradisional dan Tarian Naga Bulan.

Antara peserta yang mengambil bahagian ialah juara bertahan Tarian Singa Selatan Tiang Tinggi dari China serta juara dunia kategori Tarian Naga Bulan dari Johor menjanjikan persembahan memukau yang menggabungkan kehebatan seni, ketangkasan dan warisan budaya Asia.

RAKAM KENANGAN…Dr Sim merakam kenangan bersama peserta Kejohanan Piala Tarian Naga-Singa Antarabangsa Terbuka 2025, hari ini.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road