ARTIKEL

Pasukan SAR mendengar taklimat untuk menjejak dua individu hilang di Undop dan Melugu, hari ini.

BBP Sri Aman lancar operasi SAR berasingan cari dua orang hilang di lokasi berbeza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman hari ini melancarkan dua operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan dua kes orang hilang di dua lokasi berbeza.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman), Muhammad Rais Adham Rosalan, berkata kes pertama membabitkan seorang warga emas berusia 75 tahun.

Menurutnya, bomba dimaklumkan tentang kehilangan Niang Lasa kira-kira 7.34 pagi tadi.

“Niang yang berasal dari Rumah Panjang Ringgit Ibol, Undop, dipercayai pergi ke kebunnya di Sungai Raya Ibol kira-kira 11 pagi (Rabu).

“Bimbang tentang keselamatan warga emas yang dipercayai mempunyai sejarah penyakit jantung, laporan dibuat untuk memohon agensi penyelamat melakukan SAR,” katanya ketika ditanya lanjut, hari ini.

Jelasnya, Niang ketika keluar rumah tidak menggunakan baju dan hanya menggunakan seluar panjang dan membawa parang.

Sementara itu, satu lagi kes menurut Rais, membabitkan Jackson Bar Runi, 23 dari Rumah Panjang Jinis, Tekalong, Skim Melugu.

“Jackson dipercayai keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga kira-kira 10 pagi Rabu.

“Semasa keluar rumah, mangsa menggunakan baju-T berwarna putih dan seluar sukan pendek warna merah.

“Mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit sawan,” ujarnya.

Operasi mencari kedua-dua orang hilang itu digerakkan sejak awal pagi tadi.

“SAR mengesan Niang memfokuskan radius pencarian dalam lingkungan lima kilometer persegi, manakala, tiga kilometer persegi untuk mencari Jackson,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU