ARTIKEL

Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2027 cecah RM510 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belanjawan 2027 menggembleng peruntukan dan pelaburan berjumlah RM510 bilion, meningkat RM40 bilion berbanding RM470 bilion tahun ini, dengan kerajaan menyasarkan defisit fiskal dikurangkan kepada 3.3 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, sambil mengekalkan disiplin fiskal melalui pengurangan defisit dan kawalan hutang baharu.

“Belanjawan ini meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendayagunakan seluruh kekuatan negara, keseluruhannya berjumlah RM510 bilion berbanding RM470 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Daripada jumlah itu, RM376.8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan, manakala RM83 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Selain itu, RM25 bilion melibatkan pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion menerusi pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion daripada badan berkanun Persekutuan serta syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

Anwar berkata, hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2026 diunjurkan mencecah RM363.6 bilion, mengatasi anggaran asal RM343.1 bilion, manakala hasil bagi 2027 dijangka meningkat kepada RM380.8 bilion.

Bagaimanapun, krisis di Asia Barat meningkatkan tanggungan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion, menyebabkan defisit fiskal 2026 diunjurkan pada 3.6 peratus berbanding sasaran asal 3.5 peratus.

Beliau berkata, kadar itu masih lebih rendah berbanding 5.5 peratus pada 2022 dan 3.7 peratus pada 2025. Kerajaan menyasarkan defisit terus menurun kepada 3.3 peratus pada 2027, sebelum mencapai tiga peratus menjelang 2028.

Dalam pada itu, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut dijangka menurun daripada 65.2 peratus pada 2025 kepada 64 peratus pada 2026 dan 63.7 peratus pada 2027.

Anwar berkata, langkah mengurangkan defisit secara berperingkat dan mengawal hutang baharu bertujuan mengekalkan ruang fiskal untuk menyokong pembangunan serta pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan kedudukan kewangan negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU