ARTIKEL

Bina sekolah berpusat, wujudkan kualiti pendidikan setaraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Adun Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas mempunyai aspirasi untuk mewujudkan sebuah sekolah berpusat di konstituensinya yang dilengkapi dengan komponen serta kemudahan terkini untuk memastikan anak-anak luar bandar mendapat pendidikan berkualiti.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, perancangan tersebut bukan untuk dilaksanakan secara terburu-buru, sebaliknya perlu dirancang dengan sebaiknya-baiknya.

Menurutnya lagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau kini berwajah baharu selepas siap dinaik taraf.

“Di kawasan saya (Bukit Saban) ada dua lagi sekolah yang memerlukan perubahan yang sama iaitu SK Spaoh dan SK Paku Central.

UGGAH menyaksikan penyerahan dokumen Projek Pembangunan Semula SK Nanga Gayau di sini, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

“Begitu juga SK Penom, tetapi kita mungkin mempunyai perancangan lain untuk sekolah itu.

“Saya akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Sarawak untuk memohon satu sekolah berpusat seperti SK Nanga Ajau dekat Simpang Layar dibina di Dun Bukit Saban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Semula SK Nanga Gayau di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut bersetuju terhadap pandangan bahawa kerajaan harus membina satu sekolah yang mempunyai kelengkapan, dengan guru yang cukup supaya kualiti pendidikan di luar bandar setaraf sekolah bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU