ARTIKEL

Menteri di Jabatan Premier Datuk Seri John Sikie Tayai | Foto: Ghazali Bujang

Cadangan BGKP Serian kini hampir selesai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyelarasan maklumat bagi penyediaan kertas cadangan pembangunan untuk penubuhan Bangunan Gunaan Bersama Kerajaan Persekutuan (BGKP) di Serian sedang dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), kata Menteri di Jabatan Premier, Datuk Seri John Sikie Tayai.

Menurutnya, perkara ini susulan penilaian yang dijalankan oleh SUPS bagi menentukan keperluan kemudahan sedemikian di Bahagian Serian.

“Berdasarkan dapatan kajian ini, cadangan penubuhan BGKP sudah disediakan,” katanya semasa ucapan penggulungan kementeriannya pada Sidang DUN di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sikie menjelaskan bahawa cadangan tersebut perlu melalui beberapa proses dan penambahbaikan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi bagi pertimbangan pembiayaan di bawah Pelan Bergulir 2 Rancangan Malaysia Ke-13 pada 2027.

Beliau menambah bahawa lawatan pemeriksaan tapak dan penilaian telah dijalankan pada 25 September 2025, diketuai oleh Bahagian Pengurusan Projek 5, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Tujuan lawatan adalah untuk menilai keadaan tapak yang dicadangkan dan seterusnya mengemas kini serta mengemukakan anggaran kos awal dengan mengambil kira kos pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan keperluan gempa bumi,” katanya.

Sikie berkata, SUPS kini sedang memuktamadkan semua maklumat yang diperlukan bagi memudahkan penghantaran kertas cadangan pembangunan kepada Jabatan Perdana Menteri.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road