ARTIKEL

Kredit: CMG | Bernama

China perkenal Pelan Tindakan Stabilkan Pelaburan Asing 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China memperkenalkan Pelan Tindakan Stabilkan Pelaburan Asing 2025 pada Rabu.

Pelan itu merangkumi 20 langkah spesifik melibatkan empat aspek utama, termasuk meluaskan keterbukaan, meningkatkan taraf promosi pelaburan, mengukuhkan keberkesanan platform terbuka, selain mempergiat jaminan perkhidmatan.

Dari aspek meluaskan keterbukaan, China akan memperluas kawasan rintis bagi sektor telekomunikasi, perubatan dan pendidikan, di samping mengkaji dan menyusun pelan pelaksanaan untuk pembukaan lanjut sektor pendidikan dan kebudayaan.

Dalam pada itu, China akan mengoptimumkan demonstrasi rintis komprehensif mengenai pengembangan dan pembukaan industri perkhidmatan, menyokong Zon Demonstrasi Beijing untuk memainkan peranan bimbingan dalam pengembangan dan pembukaan industri perkhidmatan serta mengembangkan lagi skop rintis.

Menurut pelan tindakan itu, perusahaan modal asing yang berkelayakan dialu-alukan mengambil bahagian dalam program rintis pengeluaran produk biologi  dan memudahkan penyenaraian ubat-ubatan inovatif yang dipercepatkan berikutan pembukaan sektor bioperubatan secara teratur, manakala pelabur asing juga digalakkan untuk menjalankan pelaburan ekuiti di China.

Pelaburan asing adalah aspek penting dalam mempromosikan keterbukaan berpiawaian tinggi, selain memainkan peranan signifikan dalam memupuk kuasa produktif kualiti baharu dan mendorong pemodenan China. — Bernama

BERITA LAIN

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar