ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Debu letusan Gunung Ruang dijangka sampai ke Sarawak pagi esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Debu letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia dijangka sampai ke ruang udara Sarawak pagi esok, kata Pengarah Pejabat Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim.

“Mengikut Volcanic Ash Advisory Centre (VAAC) Darwin, debu tersebut berada pada paras 63,000 kaki dan bergerak ke arah barat.

“Ia dijangka sampai ke wilayah Malaysia (Sarawak) pagi esok,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak VAAC akan memaklumkan pemantauan yang terkini berhubung perkara itu selewat-lewatnya jam 6.30 petang ini.

Pada masa sama, Khairul berkata setakat ini pihak MetMalaysia (Pejabat Meteorologi Sabah) masih belum mengeluarkan apa-apa nasihat atau amaran untuk ruang angkasa Malaysia (Sarawak).

Gunung Ruang meletus hampir enam kali dalam tempoh 24 jam bermula semalam dengan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu dan petir vulkanik.

Malah, pihak berkuasa Indonesia berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi lebih banyak letusan dari pulau gunung berapi terpencil itu, yang memaksa ribuan penduduk berpindah pada minggu ini.

Beberapa pegawai berkata, Gunung Ruang mulai tenang hari ini tetapi Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu mengekalkan amaran tahap empat, iaitu peringkat tertinggi sistem amaran bencana yang menunjukkan gunung berapi itu masih aktif.

Pihak berkuasa meminta pelancong dan penduduk berada di luar radius 6 kilometer dari kawah gunung berapi tersebut.

“Aktiviti Gunung Ruang masih tinggi dan letusan boleh berlaku.

“Ia akan menyaksikan bantuan dihamburkan ke semua arah diikuti oleh awan panas dan aliran lahar,” menurut ketua Agensi Gunung Berapi Indonesia, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.

Pada 18 April lalu, letusan Gunung Ruang telah menyebabkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari atau ke Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) turut dibatalkan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat