MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat Lutong di sini menerima panggilan kecemasan hari ini mengenal dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta di luar SJK Chung Hua, Tudan.
Enam anggota Pasukan Alpha dari balai tersebut, yang diketuai PBT II Henry Jugah, bergegas ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai.

“Setibanya kami di lokasi kejadian, didapati benar ada dua mangsa terperangkap di dalam kenderaan seperti yang dilaporkan,” kata Henry dalam satu kenyataan.
Setelah menjalankan kerja ‘size-up’, pasukan bomba berkenaan bertindak untuk membuka kenderaan terbabit dengan menggunakan peralatan khas sehingga berjaya,
Dua kanak-kanak yang masing-masing berumur setahun dan tiga tahun itu dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibu mereka.



