ARTIKEL

Motosikal Suzuki R150 ditunggang mangsa remuk pada bahagian hadapan.

Dua motosikal bertembung, seorang maut dan pelajar lelaki patah tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang pemuda maut sementara pelajar lelaki patah tangan selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Jalan Puncak Borneo, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.40 malam melibatkan motosikal jenis Suzuki R150 yang ditunggang mangsa, 20 tahun dengan motosikal Yamaha Lagenda 115Z ditunggang remaja berumur 18 tahun dan pembonceng, lelaki berumur 19 tahun.

Motosikal Yamaha Lagenda 115Z yang ditunggang remaja 18 tahun bersama pembonceng, lelaki 19 tahun turut remuk pada bahagian hadapan.

Katanya, siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang datang dari Kampung Annah Rais sedang bergerak lurus.

“Pada masa yang sama, sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti sedang memotong mangsa mengakibatkan motosikal yang ditunggang dua remaja lelaki dari arah bertentangan telah mengelak ke laluan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, mangsa yang tidak sempat mengelak telah bertembung dengan motosikal ditunggang mereka.

“Akibat daripada itu, mangsa telah disahkan maut ditempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan pada jam 10.45 malam,” katanya.

Sementara beliau berkata, remaja berkenaan mengalami patah tangan manakala pembonceng mengalami kecederaan ringan.

Akibat kejadian tersebut, kedua-dua motosikal remuk di bahagian hadapan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

RUAI

SUKAN

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN