SIBU: Sebanyak empat buah rumah di Taman Rajang telah terlibat dalam kebakaran pada tengah hari tadi.
Bagaimana pun, dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Operasi, PBK II Donny Anak Sumping berkata, Bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Panggilan Operasi Negeri pada jam 12.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi beberapa minit kemudian.
Ujarnya, dua jentera Scania dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikejarkan ke lokasi .Balai Bomba Sungai Merah juga turut memberikan bantuan dengan menurunkan tujuh anggota.
“Sebaik tiba di lokasi, beberapa buah rumah telah terbakar dan pihak bomba telah memadam api dan menyelamatkan beberapa buah rumah yang berhampiran .
Hasil pemeriksaan lanjut, kesemua mangsa terselamat dan kejadian ini tidak mengakibatkan kemalangan jiwa,” katanya.
Katanya, “seramai 13 orang mangsa daripada empat buah keluarga telah terlibat dalam kebakaran dan telah melibatkan empat buah rumah.”
“Kebakaran berlaku di tingkat atas rumah, dan kira-kira kerosakan berlaku sebanyak 65% untuk tingkat atas bagi dua rumah ,dan kiri dan kanan rumah berkenaan mengalami kerosakan sebanyak 15%.
Menurutnya, kesemua 13 orang itu terdiri daripada empat buah keluarga sempat menyelamatkan diri sebelum rumah mereka terbakar.
“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.