ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Gara-gara beli tiket loteri haram, wanita didenda RM2,500 atau penjara sebulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara membeli tiket loteri awam secara haram, seorang wanita dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pia Tokel, 32, dari Kampung Opar, Bau, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di dalam sebuah premis di Jalan Canna di sini, sekitar jam 12.35 tengah hari, 22 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah menyerbu sebuah premis di Jalan Canna kerana dipercayai terdapat aktiviti penjualan tiket loteri awam secara haram.

Semasa serbuan, pihak polis menahan seorang wanita kerana disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit.

Tertuduh ditahan bersama barang-barang rampasan seperti sebuah telefon bimbit, seunit mesin cetak, sekeping kertas bercetak nombor loteri dan wang tunai berjumlah RM643.

Hasil siasatan mendapati bahawa telefon bimbit yang dimiliki tertuduh digunakan untuk membeli tiket loteri secara haram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)