ARTIKEL

TANDA KENANGAN… Samarudin (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Jumaat (tengah). Turut kelihatan Zasran Abdullah

Gerakan Pramuka Indonesia lawat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hubungan Sarawak-Indonesia diperkukuh menerusi lawatan muhibah rombongan Gerakan Pramuka Indonesia ke negeri ini.

Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak Jumaat Ibrahim berkata lawatan itu disifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan erat antara Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak dan Gerakan Pramuka yang berkongsi rumpun serta warisan yang sama.

Tambahnya lagi, kedua-dua organisasi berpotensi menganjurkan pelbagai aktiviti bersama pada masa depan bagi memperkukuhkan persahabatan, berkongsi pengalaman serta memperkasa pembangunan belia di kedua-dua wilayah.

Sehubungan itu, beliau berharap ukhuwah yang terjalin akan terus dipelihara demi kebaikan serta kemajuan Pergerakan Pengakap dan Gerakan Pramuka.

Difahamkan rombongan pengurus dan pemimpin Pramuka Sambas itu mengadakan lawatan muhibah ke Kuching, Bandar Seri Begawan dan Kota Kinabalu.

Ketibaan rombongan itu seterusnya diraikan dalam dua majlis, iaitu di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak pada 28 Jun lalu serta majlis makan malam di sebuah kafe di bandar raya ini pada 5 Julai.

Sementara itu, Ketua Rombongan Pramuka Sambas Samarudin Abed Sutih menyambut baik cadangan kerjasama tersebut dan berharap lebih banyak program bersama dapat dilaksanakan pada masa depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU