ARTIKEL

Hujan Berterusan Kembali Berisiko Minggu Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Fenomena Monsun Timur Laut yang bermula sejak November tahun lepas meningkatkan risiko hujan lebat di Sarawak terutamanya sepanjang bulan ini yang dikenal pasti sebagai tempoh paling mencabar.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sarawak, Khairul Najib Ibrahim berkata, berdasarkan pola monsun tahunan, Sarawak lazimnya menerima impak paling ketara pada Januari.

“Ia sejajar dengan jumlah taburan hujan tinggi yang direkodkan pada penghujung Disember 2025,” katanya memetik laporan TVS, hari ini.

Menurut beliau, hujan lebat yang melanda bahagian selatan Sarawak seperti Kuching, Lundu dan Bau pada akhir Disember lalu telah menyebabkan METMalaysia mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya pada 31 Disember.

Khairul menjelaskan meskipun keadaan cuaca dilaporkan sedikit reda selepas itu, perkembangan terkini menunjukkan penumpuan angin kembali berlaku di Sarawak minggu ini.

“Ia sekali gus meningkatkan tahap kelembapan atmosfera dan potensi hujan di kebanyakan kawasan,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun hujan yang dijangka berlaku mungkin tidak seburuk episod sebelum ini, taburannya berkemungkinan meliputi kawasan yang lebih luas termasuk bahagian tengah dan utara Sarawak.

Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan bahawa hujan berterusan berpotensi berlaku dalam tempoh lebih seminggu akan datang terutamanya pada waktu petang dan awal pagi bergantung kepada keadaan atmosfera semasa.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi METMalaysia seperti laman web, media sosial serta aplikasi MyCuaca dan RakanMET.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road