ARTIKEL

Gambar Hiasan

Industri minyak dan gas perluas operasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi dan membangunkan kelebihan untuk bersaing di pentas serantau dan global.

Naib Presiden Perolehan Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Rashidah Alias berkata ini berikutan industri OGSE Malaysia terbukti mencatat kemajuan besar sejak beberapa tahun lepas, melakar prestasi kukuh dalam melaksanakan projek yang kian sukar serta penyelesaian bersepadu di serata rantaian nilai tenaga.

“Industri ini secara amnya telah membuktikan kemampuannya. Cabaran berikutnya adalah bagaimana kita dapat memperluas skala operasi, mengukuhkan kelebihan (yang membezakan dengan pesaing) dan membangunkan penyelesaian yang dapat bersaing melangkaui pasaran domestik,” katanya.

Malaysia sudah mempunyai asas yang kukuh. Peluang yang terbentang sekarang adalah untuk memanfaatkan asas berkenaan menerusi kerjasama lebih hebat, pelaburan dalam inovasi selain penambahbaikan keupayaan secara berterusan agar syarikat kita kekal relevan dan berdaya saing dalam industri yang berkembang pesat” katanya.

Sesi itu dikendalikan oleh Presiden Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC) Zahrish Sham Abu Musa. Mengulas selanjutnya, Rashidah turut menekankan kepentingan aspek kerjasama yang berupaya menjadi pemangkin berkesan bagi pertumbuhan dengan membolehkan syarikat menggabungkan kekuatan serta kepakaran masing-masing, meneroka peluang lebih besar serta melabur secara berkesan dalam teknologi, pembangunan bakat dan inovasi.

Pada masa sama, beliau berkata kemajuan jangka panjang perlu terus bertunjangkan disiplin pasaran dan daya saing. “Pembangunan keupayaan dan daya saing itu perlu seiringan. Daya saing menjadi asas bagi penambahbaikan atau peningkatan yang berterusan kerana memacu inovasi, produktiviti dan pembangunan keupayaan yang membolehkan syarikat bersaing dengan yakin di pasaran serta senario operasi yang berbeza.

“Pada akhirnya, kejayaan itu dapat dilihat apabila syarikat kita diiktiraf dalam kalangan yang terbaik industri dari segi keupayaan, inovasi dan pelaksanaan yang cemerlang,” katanya.

Rashidah juga menekankan kepentingan pelaburan berterusan dalam teknologi, bakat dan penyelesaian proprietary, dengan menyatakan bahawa daya saing masa depan akan bergantung pada keupayaan syarikat untuk meningkatkan produktiviti, penyampaian nilai yang berbeza serta kemampuan untuk melakukan penyesuaian dengan permintaan pasaran yang berubah-ubah.

Petronas, kata beliau, kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan industri seperti MOGSC dan Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) bagi mengukuhkan lagi daya tahan, daya saing serta kemampuan jangka panjang ekosistem OGSE Malaysia.

Sementara itu, dalam sesi berasingan, Pengurus Besar Kanan Perolehan Kumpulan Petronas (Pemerolehan Hiliran dan Gas), Wee Lian Hong berkata syarikat itu sedang memberi tumpuan berterusan terhadap pengukuhan dalam keupayaan industri, usaha kemampuan, akses kepada pembiayaan termasuk memupuk kerjasama lebih erat dengan pemain industri melalui pelbagai inisiatif strategik.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road