ARTIKEL

SIDANG MEDIA… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Pelancongan Sarawak Edisi Ketiga anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS), di KGCG Innovation Hub, Wisma Chinese Chambers, hari ini. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Inisiatif Kreativiti Digital Tarik Pelancong ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Video Pendek Pelancongan Sarawak Edisi Ketiga anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah pelancong ke Sarawak menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata pertandingan video pendek ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk menarik minat lebih ramai pelancong ke Sarawak menerusi kreativiti anak muda.

“Video-video ini akan dimuat naik ke media sosial, dan apabila orang menontonnya, mereka akan melihat keindahan Sarawak yang mampu menginspirasi pengunjung untuk meneroka budaya, alam semula jadi, dan tradisi negeri ini,” katanya.

TAHNIAH… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama peserta Pertandingan Video Pendek Pelancongan Sarawak Edisi Ketiga anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS), di KGCG Innovation Hub, Wisma Chinese Chambers, hari ini. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di KGCG Innovation Hub, Wisma Chinese Chambers, hari ini.

Tambahnya, inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada inovasi teknologi dalam pembangunan sektor pelancongan.

“Penyelesaian pelancongan pintar seperti kandungan interaktif realiti maya (VR), aplikasi panduan pelancong pintar, dan pengalaman digital yang interaktif dapat memberikan pelancong gambaran awal tentang keunikan Sarawak, sekali gus menarik minat mereka sebelum tiba di sini.”

Beliau turut menekankan bahawa pendigitalan membantu industri menganalisis trend pasaran, mengoptimumkan sumber, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutamanya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pelancongan.

“Dengan perkembangan pelancongan berasaskan AI, bakat muda seperti anda memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baharu dalam pemasaran pelancongan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Sarawak telah mencatatkan peningkatan ketara dalam jumlah pelancong, dengan lebih 800,000 pelawat direkodkan antara Januari hingga Februari tahun ini, menyumbang lebih RM1 bilion dalam hasil pelancongan.

“Jumlah kehadiran pelancong yang tinggi ini memberi manfaat besar kepada sektor perhotelan, ekonomi negeri, serta industri pengangkutan,” jelasnya.

Mengenai pertandingan video tersebut, beliau menyatakan bahawa ia merupakan platform bagi bakat muda dalam bidang perfileman untuk mengetengahkan kreativiti mereka sambil mempromosikan Sarawak di peringkat lebih luas.

“Saya amat berterima kasih kepada ACCCIS kerana menganjurkan pertandingan ini.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berbakat dan bersemangat dalam menghasilkan video pendek kerana mampu menampilkan keunikan Sarawak yang begitu menarik dengan hanya durasi tiga hingga lima minit,” tambahnya.

Sebanyak lapan pembikin filem berbakat telah menyertai pertandingan video ini, dengan lima peserta menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap seorang.

Alan Ting Judson muncul sebagai juara pertandingan dengan video pendek bertajuk “Sarawak Chapter One”, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,