ARTIKEL

TANGKAP LAYAR….Iskandar semasa perbahasan RUU Perbekalan 2027 pada pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Percepat Projek Rumah Mampu Milik, Naik Taraf Jalan di Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dimohon mempercepat pelaksanaan projek rumah mampu milik, menyelesaikan masalah bekalan air di Samarakan serta menaik taraf jalan Tatau–Kuala Tatau bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan Jepak.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee berkata, ketiga-tiga keperluan itu penting bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat, khususnya dari segi perumahan, bekalan air bersih dan kemudahan perhubungan.

“Saya menzahirkan penghargaan kepada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas cadangan mengkaji pelaksanaan projek perintis rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) di Jepak, Bintulu.

“Inisiatif ini penting bagi membantu golongan berkenaan, khususnya eksekutif muda, memiliki kediaman sendiri berikutan harga rumah yang tinggi di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut meminta status Skim Pembesaran Kampung Kuala Segan yang melibatkan 58 lot serta Skim Penempatan Semula Kampung Sinong, Kampung Masjid, Kampung Datuk dan Kampung Sebiew yang merangkumi 580 rumah di bawah Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu.

Selain itu, Iskandar turut meminta surat tawaran kepada penerima yang berjaya bagi 97 unit rumah Skim Penempatan Semula Kampung (SPK) Jelutong peringkat pertama dikeluarkan segera, selain menggesa pembinaan fasa kedua dipercepat dengan mengambil kira keperluan golongan M40.

Menyentuh bekalan air luar bandar, beliau memberitahu, penduduk Samarakan memerlukan penyelesaian segera bagi menangani masalah bekalan air yang masih menjadi keperluan utama masyarakat setempat.

“Saya mencadangkan pembinaan tangki aras tinggi bersama pam penggalak air sebagai langkah jangka pendek kerana sumber air sungai berhampiran tercemar dan tidak sesuai digunakan untuk pembinaan loji mini rawatan air,” jelasnya.

Di samping itu, berhubung dengan kemudahan jalan raya, Iskandar meminta status projek menaik taraf jalan Tatau ke Kuala Tatau fasa satu sepanjang 6.574 kilometer, dari simpang Lebuh Raya Pan Borneo hingga ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, supaya dinaik taraf kepada jalan berturap.

Beliau turut menggesa projek jalan fasa dua dari Annau ke Kuala Tatau dilaksanakan segera di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memudahkan pergerakan penduduk serta meningkatkan keselamatan dan akses kepada perkhidmatan kecemasan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU