ARTIKEL

ADUN Tamin Ir Chistopher Gira Sambang

Jalankan lima cadangan projek di Tamin tanpa lengah – Gira

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Tamin Ir Chistopher Gira Sambang meluahkan harapan agar lima projek yang dicadangkan di kawasannya diteruskan tanpa lengah.

Projek pembinaan jalan baharu di Jalan Ng Baoh; Ng Tamin; Stapang Bahagian Mukah antara yang dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Diikuti, cadangan jalan baharu Rumah Seli, Rh Emong Ulu Mukah Selangau; menaik taraf Jalan Sepudun Balingian Selangau; menaik taraf Jalan Ng Sekuau ke SK Pakoh Ulu Oya Selangau dan pembinaan Jalan Baharu Ng Pakoh; Rh Enjah Bunau Oya Selangau.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan ada wakil rakyat kita terutama yang berada di luar bandar masih perlu meredah bukit dan sungai dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak.

“Malah, ada yang perlu menaiki helikopter untuk ke rumah panjang atau penempatan di pedalaman untuk memberi perkhidmatan kepada pengundi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan bagi Belanjawan Sarawak 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kesejahteraan masyarakat sangat bergantung kepada akses kepada kemudahan asas termasuk infrastruktur, bekalan elektrik dan air bersih.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menyediakan kemudahan asas yang menyeluruh dan mencukupi di setiap pelosok kawasan pedalaman khususnya di Sarawak yang penduduknya berselerak di seluruh kampung dan rumah panjang.

“Justeru, saya berharap agar cadangan pembinaan dan rancangan jalan raya di Selangau termasuk Tamin diteruskan tanpa kelewatan,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU