ARTIKEL

Ding Kuong Hiing bersama-sama isteri, Datin Kueh Nai Fun meluangkan masa bersama-sama rakyat di kawasan Sungai Tulai, Jalan KJD, Skim B dan Sungai Pidi, Meradong

Jambatan Belian RM140,000 Mudahkan Perhubungan Penduduk Rumah Sandom

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Penduduk Rumah Sandom di Sungai Tulai bakal menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa dan selamat apabila kerajaan melaksanakan pembinaan jambatan belian yang menjadi laluan utama bagi masyarakat rumah panjang itu.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek berkenaan akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam urusan harian mereka.

“Kemudahan bernilai RM140,000 ini merupakan projek penting dan amat diperlukan oleh penduduk,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Rumah Sandom, Sungai Tulai, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kemudahan asas di kawasan luar bandar terus dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan rakyat serta menyokong pembangunan komuniti setempat.

Katanya, penyediaan infrastruktur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya penduduk rumah panjang yang memerlukan akses perhubungan yang baik.

Selain merasmikan jambatan berkenaan, Kuong Hiing turut mengambil kesempatan menyantuni penduduk di beberapa kawasan sekitar bagi mendengar sendiri pandangan serta keperluan mereka.

Lawatan tersebut melibatkan kawasan Sungai Tulai, Jalan KJD, Skim B dan Sungai Pidi di Meradong yang menjadi lokasi persinggahan beliau sepanjang program berkenaan.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam mendekati masyarakat serta memastikan setiap pembangunan yang dirancang dapat memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU