ARTIKEL

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini. Foto: Mohd Alif Noni

Jambatan Sungai Bintangor dijangka siap 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jambatan ikonik Sungai Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol dijangka siap pada akhir tahun 2025.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, pembinaan jambatan yang bermula pada Disember 2019 tertangguh kerana pandemik Covid-19.

“Jambatan itu merupakan jambatan ikonik yang akan menjadi satu lagi kemudahan untuk keselesaan orang ramai.

“Jalan raya di sekitar kawasan juga akan dinaik taraf dan mempunyai landskap yang lebih baik.

“Oleh itu, kita menjangkakan jambatan itu akan siap pada penghujung tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini.

Tambah beliau, ia susulan selepas pertemuan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi mendapatkan maklumat perkembangan projek terbabit.

“Mereka (JKR dan kontraktor) memberi jaminan projek menaik taraf jalan itu akan siap pada tahun depan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan objektif projek itu untuk membina jambatan kabel empat lorong (57 meter) di atas Sungai Bintangor dan melebarkan laluan dua lorong tunggal yang sedia ada (601.8 meter) Jalan Datuk Ajibah Abol dari Masjid Bahagian ke simpang Jalan Haji Mataim.

Ujarnya, dengan selesainya projek itu akan membantu meningkatkan aliran trafik dan berfungsi sebagai laluan alternatif.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA