ARTIKEL

fb Anwar Ibrahim

Jerebu: Malaysia Kekal Sedia Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Hutan – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan, selain mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat ASEAN bagi memperkukuh tindakan bersama menangani masalah itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengikuti rapat perkembangan kebakaran berkenaan yang turut menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk menyebabkan penutupan sekolah di beberapa negeri dan kawasan.

“Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

Anwar turut mengiktiraf usaha pemerintah Indonesia yang mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung kebakaran hutan dan tanah itu, sambil mengakui usaha menangani bencana berkenaan bukan mudah berikutan keluasan kawasan terjejas dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Beliau berkata cabaran rentas sempadan itu perlu ditangani menerusi komitmen dan tanggungjawab bersama, selaras dengan hubungan erat antara kedua-dua negara serta semangat kerjasama serantau.

“Kita telah mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan,” kata beliau. – BERNAMA

BERITA LAIN

Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan

Potensi AI dalam penulisan

SAYA telah menulis untuk lebih daripada 40 tahun. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan sejak dalam tingkatan enam di Kolej Tanjong Lobang, Miri. Bermula dengan

BERITA TERBARU