ARTIKEL

Abdul Karim bercakap dalam sidang media mesyuarat persiapan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2026, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Jerebu mula jejaskan sektor pelancongan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ancaman jerebu yang melanda Sarawak mula menjejaskan sektor pelancongan negeri apabila jumlah ketibaan pelancong mencatatkan penurunan, dengan keadaan itu dijangka berterusan sehingga kualiti udara bertambah baik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata keadaan itu turut menjejaskan beberapa acara yang akan berlangsung.

“Kalau saya seorang pelancong dan merancang untuk datang ke Sarawak atau Kuching ketika ini, saya akan mengubah rancangan perjalanan.

“Jadi, kita memang melihat sedikit penurunan jumlah ketibaan pelancong kebelakangan ini,” katanya dalam sidang media mesyuarat persiapan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2026, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau menjangkakan kesannya akan terus berlanjutan selagi krisis pencemaran udara itu belum mereda.

“Saya menjangkakan keadaan ini akan berterusan sehingga jerebu berakhir.

“Saya sendiri agak bimbang, tetapi tiada banyak perkara yang boleh dilakukan selain berharap dan berdoa agar masalah jerebu berkurangan,” katanya.

Abdul Karim berkata beberapa acara akan datang turut terjejas, termasuk Festival Muzik Borderland di Kuching dan Karnival Jom Heboh di Miri.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penganjur acara luar supaya mengambil kira pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sebelum meneruskan program.

Katanya, penganjur perlu menilai keadaan kualiti udara, termasuk tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 dan 300.

“Jangan teruskan sahaja kerana kesihatan rakyat juga amat penting dalam apa-apa acara yang kita adakan di luar.

“Sekiranya IPU agak tinggi, fikir dahulu sama ada untuk menangguhkan tarikh atau membatalkan terus,” katanya.

Beliau berkata acara yang diadakan dalam bangunan masih boleh dijalankan, bergantung kepada keadaan semasa.

Sementara itu, keadaan jerebu di Sarawak bertambah buruk sejak beberapa hari lalu, dengan Serian mencatatkan bacaan IPU 521 pada 4 September.

Bacaan berkenaan menyebabkan Bahagian Serian diisytiharkan dalam keadaan darurat, manakala Kuching turut mencatatkan bacaan IPU 313 pada petang yang sama.

Setakat jam 10 pagi hari ini, bacaan IPU di Serian menurun kepada 334, namun masih berada pada tahap berbahaya.

Keadaan itu turut menyebabkan penutupan 647 sekolah rendah dan menengah di Sarawak dari 7 hingga 11 September.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira