ARTIKEL

Gambar hiasan

Jual kipas kakak dengan harga RM30, lelaki didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jual kipas meja yang dicuri daripada kakaknya dengan harga RM30, seorang lelaki tempatan terima padah apabila dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Mohd Saiful, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan, kerana melupus harta curi sebuah kipas meja jenama Pensonic milik kakaknya berusia 43 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Lot Baru, Jalan Matang, sekitar jam 10.00 pagi, 5 Februari lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan kakak tertuduh menyedari pagar besi pintu belakang rumah telah dibuka secara paksa dan berlubang.

Setelah membuat pemeriksaan, pengadu mendapati kipas meja dan dekorder televisyen telah hilang.

Pengadu mengalami kerugian sekitar RM1,000 dan dia mengesyaki adiknya telah pecah masuk rumahnya.

Laporan polis dibuat seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 17 Februari lalu.

Kipas meja turut dirampas daripada tertuduh selepas dia memberitahu kepada pihak polis tentang barang curi yang dijualnya kepada seorang lelaki.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah memecah masuk rumah pengadu dan merosakkan pintu serta pagar besi bahagian belakang rumah lalu mencuri barang terbabit.

Tertuduh kemudian menjual kipas angin kepada seorang lelaki dengan harga RM30.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU