SADONG JAYA: Kehebatan skuad serba mantap sepanjang zaman, Tedong Melancar FC nyata sukar ditandingi apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Ir Aidel Lariwoo 2023.
Menumpaskan N.21 Tebedu FC (2-0) pada aksi akhir yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Semera Lot, Sadong Jaya sebentar tadi.

Bekas penyerang prolifik Sarawak, Zamri Morshidi dan bintang sensasi DBKU, Masrijan Nen muncul wira Tedong Melancar FC apabila masing-masing menjaringkan gol minit ke-22 dan 35.
Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Tedong Melancar FC membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat.
Sambil wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat diterima pemain N.21 Tebedu FC selaku naib juara.
Penyerang Tedong Melancar FC, Zamri Morshidi dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik perlawanan akhir.
Manakala, ketua pasukan N.21 Tebedu FC, Danny Cliffson mencatat nama selaku penjaring terbanyak (6 gol) Kedua-dua pemain terbabit menerima wang tunai.
Dalam pada itu, pasukan Lariwoo Vet dan AWS FC yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

