ARTIKEL

MENINGKAT…Jumlah mangsa banjir di Simunjan meningkat, pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Simunjan meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Kesemua 80 mangsa banjir yang terdiri daripada dewasa, kanak-kanak, bayi, dan warga emas kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan selepas beberapa kampung di daerah tersebut dilanda banjir sejak petang semalam.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Simunjan, ia melibatkan 49 dewasa, 11 kanak-kanak dan enam bayi.

“Terdapat 14 warga emas yang ditempatkan di PPS dan secara keseluruhan, jumlah mangsa ialah 42 lelaki dan 35 wanita,” katanya.

Beliau menambah, antara penduduk yang terjejas datang dari beberapa kampung termasuk Kampung Hijrah Fasa 1 dan 2, Kampung Jalan Tun Openg, Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sungai Raya, dan Kampung Sungai Lingkau.

Kampung Simunjan Jaya katanya, mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 60 orang daripada 24 keluarga, menjadikannya kawasan paling terjejas setakat ini.

“Pihak berkuasa tempatan bersama agensi berkaitan terus memantau keadaan banjir dan memastikan keperluan asas mangsa, termasuk makanan dan tempat tinggal, sentiasa mencukupi,” katanya.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan demi keselamatan diri dan keluarga.

Pemantauan akan diteruskan sehingga keadaan banjir pulih sepenuhnya dan mangsa dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU