ARTIKEL

Tangkap layar inidividu kurang siuman menggangu kenderaan melintas di lampu isyarat Simpang Asah Niah. | Foto: Facebook Niah Community

Kejadian aneh di Niah ganggu pengguna jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang individu yang dipercayai kurang siuman dikesan berkeliaran dan mengganggu pengguna jalan raya di sekitar lampu isyarat Simpang Asah, Niah.

Menurut hantaran seorang pengguna media sosial di laman Facebook Niah Community, individu tersebut bukan sahaja menghampiri kenderaan yang berhenti di lampu isyarat, tetapi juga cuba menghalang laluan dan memukul kenderaan yang lalu-lalang.

“Orang ramai diminta berhati-hati apabila melalui kawasan ini. Kami berharap pihak berkuasa dapat memantau kawasan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook petang ini.

Berdasarkan tangkap layar yang diambil, individu berkenaan dilihat duduk di atas jalan raya, mengganggu kenderaan yang ingin melintas.

Tindakan ini bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa tetapi juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya serta individu terbabit sendiri.

Penduduk berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan bagi mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Pengguna jalan raya yang mengalami gangguan atau melihat sebarang insiden berkaitan diminta untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU