ARTIKEL

Nancy ketika ditemu bual pemberita.

Kemenangan 29 Calon GPS Tanpa Bertanding Bukti Keyakinan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ESZRYEEN KRIS

KUCHING: Kemenangan tanpa bertanding yang diraih 29 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan itu juga merupakan pengiktirafan ke atas kepimpinan Abang Johari yang disifatkannya sebagai telus dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan janji kepada rakyat.

Katanya, Abang Johari membuktikan komitmen dalam menunaikan janji pembangunan, selain memberikan penjelasan secara jelas sekiranya sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat termasuk menetapkan garis masa pelaksanaannya.

“Bagi saya, ini merupakan hadiah kepada Premier kerana ia mencerminkan kepimpinan beliau yang sangat berkesan.

“Tiada janji yang dibuat kemudian dibiarkan tanpa ditunaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Penyerahan Program Angkat Madani dan Nyambung Belajar di SMK Tun Abang Haji Openg, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon GPS yang diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, beliau berharap keputusan sama dapat dicapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, meskipun mengakui pengundi mungkin mempunyai persepsi berbeza dengan politik negeri dan politik Parlimen.

“Yang penting sebagai pemimpin, kita perlu melaksanakan tanggungjawab, berkhidmat kepada masyarakat dan memberikan yang terbaik berdasarkan sumber serta peruntukan yang disediakan kepada kita,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau turut menekankan peranan pengundi muda semakin besar dalam membentuk perbincangan awam menerusi media sosial, dengan berpandangan maklum balas golongan itu mampu membantu menambah baik perkhidmatan serta penyampaian kerajaan.

Tegasnya, golongan muda cenderung menilai sesuatu isu berdasarkan realiti pelaksanaan dan hasil yang dicapai, berbanding sekadar berpandukan kecenderungan kepada parti politik tertentu.

“Maklum balas membina daripada masyarakat penting bagi membantu pemimpin mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik sekali gus memperkukuh mutu perkhidmatan kepada rakyat,” jelasnya.

BERITA LAIN

Pihak luar jangan melaga-lagakan rakyat Sarawak

KUCHING: Pihak luar tidak seharusnya menggunakan rakyat Sarawak untuk melaga-lagakan sesama sendiri kerana tindakan itu boleh menjejaskan keharmonian serta agenda pembangunan dan kemakmuran negeri ini.

Wilfred fokus sampaikan mesej GPS kepada pengundi

KUCHING: Perjalanan kempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 berjalan

BERITA TERBARU

Pihak luar jangan melaga-lagakan rakyat Sarawak

KUCHING: Pihak luar tidak seharusnya menggunakan rakyat Sarawak untuk melaga-lagakan sesama sendiri kerana tindakan itu boleh menjejaskan keharmonian serta agenda pembangunan dan kemakmuran negeri ini.

Wilfred fokus sampaikan mesej GPS kepada pengundi

KUCHING: Perjalanan kempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 berjalan