ARTIKEL

Kerajaan GPS komited terus tunai janji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk terus menunaikan janji dan manifesto demi kemakmuran rakyat di seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, berkata GPS akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan beracuankan acuan sendiri, kestabilan politik dan kecekapan kepimpinan.

Beliau berkata, komitmen itu termasuk melaksanakan projek infrastruktur dan pembangunan seperti yang dibuktikan menerusi beberapa projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Katanya, Kerajaan GPS mahu memastikan Sarawak terus stabil dan maju menjelang 2030.

“Untuk itu, GPS akan memastikan semua projek kecil luar bandar dan pembangunan infrastruktur disiapkan mengikut jadual serta spesifikasi yang ditetapkan.
“Sebagai negeri yang termaju di negara ini, Sarawak akan terus meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan pedalaman,” katanya selepas menyaksikan penyerahan dua surat perjanjian kontrak pembinaan projek kecil luar bandar (MRP), masing-masing bagi pembinaan tebing parit untuk mengelakkan hakisan, bernilai lebih RM62,000 di Kampung Haji Baki, Blok C, di sini, hari ini.

Upacara penyerahan dua surat perjanjian kontrak MRP itu disempurnakan oleh Penolong Jurutera Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Mohd Aizat Wahab.

Projek MRP pertama melibatkan pembinaan tebingan parit sepanjang 14 meter bagi mengelakkan hakisan tanah dengan kos kira-kira RM36,000 dan diserahkan kepada Dalejuan Rojem, Pengurus Dalco Enterprise.

Manakala projek kedua melibatkan pembinaan tebingan parit sepanjang 11 meter bagi mengelakkan hakisan dengan kos kira-kira RM26,350 dan diserahkan kepada Azery Abdul Rahman, Pengarah Syarikat Pembinaan Kemuncak Emas.
Kedua-dua projek itu dijadualkan siap dalam tempoh dua bulan bermula Isnin depan, 23 Februari.

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Haji Baki Blok C, Rosli Ahmad Darus.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road