ARTIKEL

Abang Johari menyaksikan penyerahan zakat perniagaan.

Kerajaan Sarawak akan umum bidang pendidikan percuma di univertiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengumumkan secara rasmi senarai bidang yang ditawarkan untuk pendidikan percuma di peringkat universiti pada Oktober tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membangunkan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi menyokong industri masa depan dan ekonomi baharu.

“Kita akan beri pendidikan percuma dalam disiplin terpilih dan banyak juga kursus yang akan ditawarkan.

“Kita mahu menjadikan rakyat Sarawak berdaya saing dalam pelbagai industri, termasuk industri berteknologi tinggi,” katanya ketika berucap dalam Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2025, Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat Perniagaan di sebuah hotel di sini.

Jelasnya, pendidikan percuma ini adalah sebahagian daripada perancangan strategik Sarawak menuju ekonomi berasaskan pengetahuan, yang memerlukan bakat tempatan dalam bidang teknologi, sains, dan inovasi.

“Kita perlu melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi supaya dapat mengisi keperluan industri baharu yang semakin berkembang di Sarawak.

Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia menawarkan pendidikan percuma dalam bidang terpilih di peringkat universiti, bermula tahun depan.

Sarawak sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menyokong pendidikan tinggi, termasuk biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar B40 dan M40.

Inisiatif baharu ini dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dan meringankan beban kewangan keluarga.

Sarawak kini sedang giat membangunkan pelbagai sektor ekonomi termasuk tenaga hijau, kecerdasan buatan (AI), dan industri digital.

Dengan adanya tenaga kerja berkemahiran tinggi, Sarawak dijangka mampu menjadi hab ekonomi yang lebih maju dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU