ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas diiringi John Ilus menghadiri Majlis Gawai Dayak DUN Bukit Semuja di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso. Foto Levrone Aigle

Kerajaan Sarawak terus perkukuh pengiktirafan tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kerajaan Sarawak menegaskan usaha berterusan dilaksanakan bagi mengiktiraf dan memperkukuh Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masyarakat Dayak walaupun isu tersebut sering dipolitikkan setiap kali menjelang pilihan raya.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata tanah NCR merupakan antara harta yang berharga bagi masyarakat Dayak, justeru Kerajaan Sarawak terus melaksanakan proses pengukuran serta pengiktirafan hak pemilikan melalui pemberian surat hak milik tanah kepada penerima yang layak.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Gawai Dayak DUN Bukit Semuja di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso. Foto Levrone Aigle

Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan pembangkang yang menuduh kerajaan tidak mempedulikan hak masyarakat Dayak adalah tidak benar kerana usaha tersebut telah dimulakan sejak tahun 2017.

“Pada tahun 2018, kita meminda undang-undang tanah Sarawak di mana kita mengiktiraf Pulau Galau dan Pemakai Menua di bawah Seksyen 6A Kanun Tanah Negeri (KTN).

“Sebab itu waktu itu kita reinstated Section 5(2)(f) yang dulu telah dipadam, telah dimansuhkan, kita letak balik supaya satu syarat untuk mengenal ataupun mengiktiraf NCR adalah mengikut adat, berdasarkan kepada adat kita. Itulah usaha kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Gawai Dayak DUN Bukit Semuja di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, di sini, malam tadi.

Uggah yang juga ADUN Bukit Saban berkata, peruntukan di bawah Seksyen 28 KTN memperuntukkan bahawa mana-mana tanah yang telah diberikan pajakan sementara atau geran tidak termasuk dalam kawasan NCR.

“Ini adalah pendapat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, membantu kita menyelamatkan tanah NCR kita,” ujarnya.

Katanya, ia bukan retorik, sebaliknya telah dilaksanakan mengikut undang-undang sambil menegaskan bahawa dalam mengurus dan melaksanakannya, semua pihak mesti mematuhi undang-undang bagi memastikan keadaan kekal aman dan damai.

Dalam pada itu, Uggah mengucapkan tahniah kepada Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) kerana menggunakan kaedah tersendiri dalam mendokumentasikan tanah NCR sekali gus mempercepatkan proses pengukuran tanah di kawasan Bidayuh.

Katanya, beliau turut mengikut jejak langkah persatuan tersebut di konstituensinya dan mendapati langkah tersebut sangat cepat dan berkesan untuk mengeluarkan surat hak milik tanah.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan; Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan), Datuk Amar Michael Manyin Jawong; ADUN Bukit Semuja, John Ilus; dan ADUN Serembu, Datuk Miro Simuh.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira