ARTIKEL

Pekerja kecemasan berdiri di sebelah kereta rosak yang digunakan untuk merempuh pengunjung di pasar berkenaan. - Foto: AOL

Kereta rempuh pasar Krismas di Jerman, dua maut, 60 cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN, Jerman: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 60 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman, pada petang Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff, mengesahkan bahawa mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak.

Beliau turut memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan parah.

Menurut penyiar tempatan, MDR, hampir 70 mangsa telah dimasukkan ke hospital, termasuk 15 yang berada dalam keadaan kritikal.

Insiden berlaku sekitar 7.04 malam waktu tempatan (6.04 petang GMT) di pasar Krismas popular yang terletak di pusat bandar Magdeburg.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap memecut ke arah orang ramai, menyebabkan kekecohan dan panik dalam kalangan pengunjung.

Haseloff mengesahkan bahawa pemandu kereta itu ditangkap sejurus selepas kejadian.

“Kami telah menahan suspek. Dia merupakan seorang doktor dari Arab Saudi yang bekerja di Saxony-Anhalt dan menetap di Jerman sejak 2006,” katanya kepada pemberita.

Walaupun motif serangan belum didedahkan, siasatan awal menunjukkan tiada suspek lain yang terlibat dalam insiden ini.

Pihak berkuasa Jerman masih belum mendedahkan butiran lanjut tentang identiti suspek, dan enggan memberikan sebarang komen sementara siasatan diteruskan.

Pasukan polis mengawal ketat kawasan pasar Krismas selepas serangan itu dan menutup lokasi kejadian untuk tujuan siasatan. – BERNAMA-AA  

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira