ARTIKEL

Kes pecah rumah: Dua lelaki dicekup di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua lelaki ditahan polis hari ini bagi siasatan lanjut berhubung kes pecah rumah di Taman Tunku di sini pada 30 Disember tahun lalu.

Kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu telah ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri diketuai Inspektor Fredly Juing di Kampung Lusut, sekitar jam 8 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, dua lagi suspek kes sama juga telah dikesan sebelum ini dan masing-masing berjaya ditangkap pada 20 dan 23 Januari lalu.

“Dengan tertangkapnya empat suspek ini, pihak polis berjaya menumpaskan kumpulan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi sejak tahun lalu.

“Kumpulan ini aktif di kawasan Taman Tunku, Taman Jelita, Kampung Lusut dan Perumahan Riam,” jelasnya.

Selain itu, ujar Sabri, hasil siasatan awal mendapati dua suspek itu juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU

Beras berkualiti, masyarakat sihat

BAGI rakyat di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Thailand, sukar untuk menolak nasi, sekurang-kurangnya sekali sehari, namun ramai yang makan nasi dua kali sehari,