ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat tapak projek pembinaan laluan khas ART dan naik taraf bulatan di Kota Samarahan, hari ini.

Laluan khas ART guna pakai teknologi ‘Transit Signal Priority’ pertama di Asia Tenggara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Semua laluan khas Transit Aliran Automasi (ART) Sarawak bakal dilengkapi dengan sistem lampu isyarat pintar yang mengguna pakai teknologi ‘Transit Signal Priority’ (TSP) untuk memastikan kelancaran trafik optimum.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sistem yang direka khas dan pertama kali diperkenalkan di rantau Asia Tenggara itu, membolehkan ART bergerak lancar tanpa perlu berhenti di lampu isyarat sesuai matlamatnya untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat tapak projek pembinaan laluan khas ART dan naik taraf bulatan di Kota Samarahan, hari ini.

“Konsepnya ialah sebaik sahaja ART menghampiri setiap lampu isyarat di dalam laluan khasnya, ia akan segera bertukar ke lampu hijau bagi membolehkan kenderaan itu meneruskan perjalanan tanpa henti,” katanya.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja naik taraf dua bulatan kepada lampu isyarat dan pembinaan laluan khas ART di Kota Samarahan, hari ini.

“Sebagai permulaan, sistem tersebut akan digunakan untuk latihan bukti konsep (POC) ART di laluan khasnya di Kota Samarahan ini tidak lama lagi.

Setakat ini maklum balas yang diterima menunjukkan lampu isyarat berfungsi dengan cekap dan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu laluan khas ART sepanjang 2.6 kilometer (km) dengan peruntukan RM51 juta melibatkan dua bulatan di sepanjang jalan Kuching-Kota Samarahan telah siap sepenuhnya dan latihan POC boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road