ARTIKEL

Billy (tengah) ketika melawat kawasan tapak rasmi projek di sini semalam. FOTO: UKAS

Lapan Projek Paip Air Graviti Bantu 550 Isi Rumah di Opar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Lebih 550 isi rumah luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar bakal menikmati bekalan air bersih yang lebih stabil dan berkualiti menerusi pelaksanaan lapan Projek Sistem Paip Air Graviti di bawah inisiatif Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, projek bernilai keseluruhan lebih RM3.4 juta itu bermula serentak pada 22 Oktober lalu, melibatkan lapan kampung di dua zon utama iaitu Zon Bitokan dan Zon Stenggang.

“Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih sentiasa menjadi keutamaan saya bagi memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Bekalan air bersih bukan hanya untuk keselesaan tetapi juga kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tapak rasmi projek, di sini semalam.

Tambah beliau, kerjasama rapat antara GKCDA, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan kontraktor pelaksana penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan setara dan berkualiti.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk jabatan teknikal dan kontraktor yang memastikan projek berimpak tinggi ini dilaksanakan dengan baik demi manfaat masyarakat,” ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata projek di Kampung Tanjam/Opek dilaksanakan oleh Vet Raj Enterprise dan dijangka memberi manfaat kepada 90 buah rumah dengan kos RM504,000.

“Selain itu, di Kampung Jampari, U-Kin Engineering melaksanakan projek bernilai RM318,840 yang akan menyalurkan air bersih kepada 50 buah rumah, manakala Kampung Semapu menerima manfaat melalui projek bernilai RM366,500 oleh Concrete Tech Company yang akan memberi manfaat kepada 55 buah rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Kampung Sebiris turut menerima projek bernilai RM523,230 yang dikendalikan oleh Vet Raj Enterprise, melibatkan manfaat kepada 177 buah rumah, manakala Kampung Bagak pula dilaksanakan oleh U-Kin Engineering dengan kos RM272,240 dan memberi manfaat kepada 59 buah rumah.

“Bagi Zon Stenggang, Kampung Stenggang menerima projek bernilai RM448,000 yang dikendalikan oleh Destisar Sdn. Bhd. dan dijangka memberi manfaat kepada 100 buah rumah.

“Di Kampung Bitokan, projek bernilai RM81,000 dilaksanakan oleh Lambir Jaya Enterprise memberi manfaat kepada kira-kira 40 buah rumah, manakala Kampung Judin menerima projek bernilai RM187,850 yang turut dikendalikan oleh syarikat sama melibatkan 60 buah rumah,” tambahnya.

Secara keseluruhan, projek yang dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan ini diyakini mampu meningkatkan taraf hidup, kesihatan dan kesejahteraan penduduk melalui akses berterusan kepada sumber air bersih.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road