ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Bulatan Bintawa di sini, hari ini.

Lawatan kerja rutin tanggungjawab pentadbiran, tiada kaitan agenda politik – Wee Hong Seng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng menegaskan bahawa lawatan kerjanya ke pelbagai kawasan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pentadbiran dan tidak mempunyai kaitan dengan agenda politik atau pilihan raya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tanggapan bahawa kehadiran beliau di kawasan tertentu seperti Pending dan Padungan sering dikaitkan dengan niat untuk bertanding sebagai calon.

Menurut beliau, persepsi tersebut adalah tidak tepat dan sering dibangkitkan setiap kali beliau melakukan tinjauan di lapangan.

“Kalau saya pergi ke Padungan, orang kata saya mahu bertanding di sana.

“Pagi ini saya pergi ke Lebuh India, tetapi kenapa tidak pula kata saya ingin bertanding di sana?” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Bulatan Bintawa di sini, hari ini.

Wee menjelaskan bahawa sebagai Datuk Bandar, beliau bertanggungjawab memastikan semua kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diberi perhatian secara menyeluruh tanpa pengecualian.

“Saya dikenali sebagai seorang Datuk Bandar yang bekerja dan saya turun padang ke semua kawasan di bawah pentadbiran MBKS,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan kehadiran kerap di kawasan Pending bukan bermaksud beliau akan bertanding di situ, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada tugas rasmi bagi memantau perkembangan setempat.

“Setiap kali saya turun ke kawasan lain seperti Padungan, orang juga membuat spekulasi yang sama.

“Semua ini adalah kawasan di bawah MBKS. Saya perlu meliputi semuanya. Kalau saya tidak turun, orang akan bertanya mengapa saya hanya memberikan fokus di satu tempat sahaja,” katanya.

Jelas beliau, inisiatif pembangunan dan pengindahan oleh MBKS bermula di Padungan sebelum diperluaskan ke Icom Square, Bintawa, Pending serta Kenyalang Park.

Dalam pada itu, Wee yang juga Timbalan Pengerusi SUPP bagi kawasan Pending berkata, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan serta kesejahteraan penduduk di bawah bidang kuasa MBKS.

Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah bertanding di kerusi Padungan atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) namun tewas kepada Chong Chieng Jen daripada DAP dengan majoriti 1,198 undi.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira