ARTIKEL

Wee menanam pokok pada program penanaman pokok sempena Hari Bumi Sedunia di sini, hari ini. | Foto: UKAS

Lebih 2,000 pokok ditanam, MBKS perkasa bandar hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 2,000 pokok telah ditanam dalam tempoh lima tahun lalu sebagai sebahagian daripada komitmen Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menjadikan bandar raya ini lebih hijau dan rendah karbon.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata usaha berterusan ini merupakan antara langkah strategik dalam mengurangkan pelepasan karbon selain meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar.

“Penghijauan bandar bukan sekadar aktiviti simbolik, sebaliknya merupakan intervensi penting dalam menangani perubahan iklim yang semakin membimbangkan.

Wee menanam pokok pada program penanaman pokok sempena Hari Bumi Sedunia di sini, hari ini. | Foto: UKAS

“Setiap pokok yang kita tanam membantu menyerap karbon dioksida daripada udara.

“Apabila terlalu banyak karbon dioksida, ia akan menyebabkan pemanasan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penanaman pokok sempena Hari Bumi Sedunia di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 68 pokok ditanam sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menjadikan kawasan bandar lebih hijau, sejuk dan selesa untuk didiami.

“Lebih banyak pokok bermakna udara lebih bersih, persekitaran lebih sejuk dan tempat tinggal yang lebih sihat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan antara 2,000 hingga 3,000 pokok telah ditanam sepanjang tempoh lima tahun lalu menerusi pelan penghijauan bandar yang dilaksanakan secara konsisten.

“Inisiatif ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

“Justeru, saya menyeru masyarakat agar turut memainkan peranan aktif dalam usaha memelihara alam sekitar melalui penanaman pokok secara bertanggungjawab.

“Melindungi bumi adalah tanggungjawab bersama. Kita perlu pastikan pokok yang ditanam sesuai dan tidak menjejaskan persekitaran,” ujarnya.

Tegasnya, pendekatan berterusan melalui program kesedaran dan tindakan di lapangan penting bagi memastikan usaha penghijauan bandar memberi impak jangka panjang terhadap kesejahteraan komuniti serta kelestarian alam sekitar.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat