ARTIKEL

CEDERA… Pasukan bomba membantu mengeluarkan lelaki yang cedera dalam kenderaannya.

Lelaki cedera dalam kemalangan lori di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kendiri melibatkan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Belimbin B, awal pagi tadi.

Komander Operasi PBK II TBBK I Bujang Ina berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati lori berkenaan mengalami kemalangan kendiri dan mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu kenderaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan.

Bujang menambah, mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan awal dan seterusnya dibawa ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.34 pagi selepas keadaan disahkan terkawal dan pasukan bomba kemudiannya bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU