ARTIKEL

Foto: JBPM

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran, terperangkap di bilik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Seorang lelaki OKU rentung selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, awal pagi tadi.

Mangsa terkorban dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu dikenal pasti sebagai Yeoh Hock Chuan, 63, dan mayatnya dijumpai di bawah katil di dalam bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, anggota pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan 3.44 pagi.

Kebakaran itu membabitkan dua rumah kampung yang setiap satu berkeluasan kira-kira 116 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 90 peratus, ujar beliau.

“Terdapat seorang mangsa meninggal dunia iaitu lelaki OKU yang menghidap strok di bahagian kanan badan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas bomba berjaya mengawal kebakaran pada 4.28 pagi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU