ARTIKEL

Lelaki tempatan lari daripada pemeriksaan polis, dihukum denda RM2,000 atau penjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menghalang tugas penjawat awam ketika ditahan untuk pemeriksaan pihak polis.

Norfazreen Ikmal Mazlan, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Penrissen, sekitar jam 1.40 pagi, pada 2 Mei lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis yang menjalankan Ops Bersepadu Lejang sekitar jam 1.40 pagi pada 2 Mei lepas, terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut untuk diperiksa tetapi tertuduh bertindak memecut kereta itu dan cuba melarikan diri.

Pihak polis mengejar tertuduh yang berjaya ditahan di tepi jalan Taman Malihah.

Pemeriksaan dilakukan dan rampasan barang seperti tiga gulung wayar tembaga, seunit senjata kuku kambing, tukul besi, pemotong playar, seunit gergaji dan beberapa peralatan memotong lain telah dibuat.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mempunyai tiga rekod lampau melibatkan dadah dan satu rekod jenayah curi.

Selain itu, tertuduh juga didakwa menghalang pasukan polis daripada menjalankan tugas.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)