ARTIKEL

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu ke Sabah, Labuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan, pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan  semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

“Perkembangan terkini diberikan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” tambahnya.

Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2668 (KUL-SDK) dan MH2669 (SDK-KUL).

Sementara itu, penerbangan ke dan dari Sarawak yang dibatalkan ialah MH2594 (KUL-MYY), MH2593 (MYY-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2575 (MYY-KUL), MH2716 (KUL-SBW) dan MH2715 (SBW-KUL).

“Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan yang tidak dijangka itu, Malaysia Airlines menawarkan perubahan sekali sahaja ke atas jadual perjalanan pelanggan yang terjejas secara percuma, atau mereka boleh memilih bayaran balik sepenuhnya tanpa mengira jenis tambang mereka,” menurunya.

Syarikat itu juga memaklumkan pelanggan terjejas yang ingin menukar penerbangan atau atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui ‘Tempahan Saya’ di laman web.

“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi sokongan ‘Live Chat’ langsung yang tersedia di laman web atau menghubungi Pu
sat Perhubungan Global kami,” menurutnya.

Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan teratas.
– Bernama

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road