ARTIKEL

KAWAL... Penyerang Samarahan, Mohamad Asrullah Drahman (depan) mengawal bola sambil disaing pemain pertahanan Kuching, Abang Mohamad Haiqal Abang Mohamad Zaafari (belakang) pada perlawanan petang tadi. | FOTO FAIZAL BUJANG

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Kuching, Samarahan terikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Misi untuk mencetak kemenangan buat pasukan Kuching dan Samarahan tersekat apabila kedua-dua seri (1-1) dalam aksi terakhir pusingan pertama Zon Selatan Liga Premier Sarawak 2025 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Terbuka Kota Samarahan petang tadi.

Tuan rumah yang beraksi dengan sepuluh pemain ekoran Muhammad Firdaus Fauzi yang diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua minit ke-70 terdahulu mengemudi pentas saingan hasil jaringan cantik dilakukan Faridz Amirul Sepawi minit ke-60.

MANA BOLA… Penjaga gol Kuching, Ahmad UzairZaidil (tengah) cuba menggapai bola di udara pada perlawanan petang tadi. | FOTO FAIZAL BUJANG

Sebelum Kuching berjaya menyamakan kedudukan (1-1) menerusi gol penyamaan dihasilkan Mohamad Shafitri Salim minit ke-63.

Kedua-dua pasukan boleh melepasi difisit gol yang ada mengambil kira peluang yang dimilik, sama ada dibabak pertama mahupun babak kedua.

Namun, percubaan dilakukan gagal menembusi gawang lawan masing-masing.

Keputusan tersebut menyaksikan Kuching kekal berada ditangga kedua dengan 14 mata, sambil Samarahan dikedudukan ketiga dengan 13 mata.

“Kita terima keputusan ini (seri) dengan satu mata yang amat berharga.

“Pemain telah berusaha sedaya upaya untuk cuba meraih kemenangan, namun tidak menjadi,” ujar ketua jurulatih Kuching, Nizam Mahmud kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Nizam, anak-anak buahnya gagal memanfaat peluang dengan pasukan tuan rumah yang dilihat tempang tanpa seorang pemain.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari berpuas hati meskipun sekadar beroleh satu mata pada perlawanan petang tadi.

Menurut Azri, pemain telah melaksanakan tugas mereka sebagai mana diarahkan, akan tetapi segalanya tidak memihak kepada mereka untuk pulang dengan tiga mata.

“Kami mempungai peluang untuk menambah jaringan melihat kepada peluang yang dimiliki, namun segalanya tidak menjadi,” jelas beliau sambil menghambur pujian kepada barisan pemainnya.

Samarahan untuk aksi pertama pusingan kedua akan menentang PDRM di Stadium Terbuka Kota Samarahan pada 8 November.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road