ARTIKEL

Liga Serian 2023: MDH FC-Bukar Seven turun aksi buka tirai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kempen Liga Serian 2023 yang disingkap tirainya 2 Julai depan bakal menghimpunkan 12 pasukan yang dibahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A menghimpunkan pasukan MDH FC, Bukar Seven, Marr FC, Grace United manakala empat pasukan Kumpulan B terdiri daripada BB United, XMovent FC, Tebedu Veteran dan SP FC.

Di samping itu, Kumpulan C yang menyaksikan empat pasukan iaitu Gedong Unity, Balai Ringin FC, K FC dan TBS 23.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu, himpunan pasukan terbabit mewakili kelab handalan Bahagian Serian dan sekitarnya.

“Aksi buka tirai pada tarikh tersebut menyaksikan dua pasukan Kumpulan A iaitu MDH FC yang akan menentang Bukar Seven di Kompleks Sukan Serian jam 2.30 petang,” ujar Phillip pada sidang media selepas mesyuarat dan sesi undian disalah sebuah hotel terkemuka di Serian, sebentar tadi.

Katanya, liga kali ini tanpa pembabitan juara bertahan iaitu pasukan KRM Junior.

Dalam pada itu, hadiah lumayan menanti tiga pasukan terbaik musim ini.

Juara akan menerima wang tunai RM6,000 beserta piala dan pingat.

Naib juara akan menerima wang tunai RM4,000 beserta piala dan pingat.

“Pasukan yang menduduki tempat ketiga akan menerima wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat,” jelas Phillip lagi.

Tidak hanya itu, hadiah untuk pasukan terbaik, pemain terbaik dan penjaring terbanyak turut disediakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU